Laman
Pengarang
Berita
Ruang
Ulasan
Petikan
Sumber
Muat Turun
Videos
Petikan
Total: 151
1
2
3
4
5
6
End
Ternakan ialah pengeluar metana yang utama. Metana bukan hanya mempunyai 72 kali keupayaan memerangkap haba, ia merupakan gas hayat singkat. Ini bermakna bahawa ia akan meninggalkan atmosfera jauh lebih cepat daripada CO2 dalam masa sedekad sahaja berbanding dengan beribu-ribu tahun bagi CO2. Oleh itu, menghapuskan metana dengan menghentikan pembiakan ternakan ialah cara yang paling cepat untuk menyejukkan planet ini.#SMCH
Jika pemakanan daging tidak diharamkan atau tidak dihadkan, maka seluruh planet ini akan hilang. Ini ialah soal hidup dan mati bagi semua orang, ia bukan pilihan peribadi. Kita makan daging, makan seluruh planet ini, makan 90% daripada bekalan makanan dan membiarkan orang lain berlapar. #SMCH
Diet vegetarian adalah berbelas kasihan, jadi ia akan membawa tenaga gembira kepada anda dan ini akan mewujudkan lagi banyak kegembiraan. Semasa anda gembira, segalanya akan menjadi lebih baik. Anda berfikir dengan lebih baik, anda bereaksi dengan lebih baik, hidup anda menjadi lebih baik.#SMCH
Fikiran kita, tindakan kita perlu menghantar suatu mesej kepada tenaga alam semesta bahawa kita memahukan planet yang lebih baik, kita memahukan hidup yang lebih selamat, kita memahukan dunia yang selamat. Dengan itu tenaga alam semesta akan mewujudkannya.#SMCH
Kita mewujudkan segalanya yang kita mahu jika kita hidup mengikut hukum alam semesta. Begitulah kuasa hanya menjadi vegan. Kerana ini bermakna kita tidak membunuh, kita memahukan nyawa, kita memahukan tenaga konstruktif, kita tidak memahukan kemusnahan.#SMCH
Bumi ada mekanisme untuk membaiki diri. Cuma kita terlebih membebani planet ini. Kita terlalu banyak mencemar dan kita mewujudkan terlalu banyak karma bunuh. Oleh itu, Bumi tidak dapat membaiki diri disebabkan karma buruk penghuninya.#SMCH
Meskipun dunia ini mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau, planet ini akan mengambil masa untuk pulih daripada gas yang sudah ada di dalam atmosfera. Itu sebabnya kita perlu berfokus pada gas hayat singkat, iaitu metana.#SMCH
Berhenti menyalahkan CO2 atas segala masalah pemanasan global di planet kita. Kita yang harus disalahkan. Industri daging yang harus disalahkan. Industri daging adalah apa yang perlu kita tumpukan untuk hentikan, haramkan.#SMCH
Untuk menghentikan perubahan iklim serta pembaziran hutan dan tanah, berhenti bercakap di luar subjek. Cakaplah terus kepada perkara penting: Industri daging mesti dihentikan.#SMCH
Masalah yang sudah kita hadapi sekarang seperti atmosfera yang memanas, kekurangan air, kekurangan makanan dan penggurunan dapat kita selesaikan dengan cepat dengan menghentikan pengeluaran daging. Hentikannya sekarang juga, tidak teruskan lagi!#SMCH
Pembunuhan makhluk lain mesti dihentikan untuk manusia berevolusi sebagai suatu tamadun.#SMCH
Dengan adanya ketenangan dengan mengetahui bahawa kita tidak menyebabkan seksaan atau kesakitan kepada saudara haiwan, kita akan ada kedamaian batin untuk menjalani amalan rohaniah dengan sepenuh hati.#SMCH
Organik, kerana kita tidak mahu bahan kimia yang berbahaya disemburkan di merata tempat dan mengalir ke dalam air kita, meracuni sungai, tanih dan semua makhluk hidup, menyebabkan manusia sakit juga.#SMCH
Organik kerana amalan ini akan menyerap banyak CO2 yang sudah wujud dalam udara, dengan itu menyejukkan planet kita.#SMCH
Ternakan telah dikira semula menjana lebih 50% daripada jumlah pengeluaran gas dunia, lebih 50% adalah daripada industri penternakan. Jadi itu ialah penyelesaian utama.#SMCH
Semasa sejuk, metana hidrat hanya termampat di bawah dasar laut dan berada di sana, tidak memudaratkan. Tetapi sekarang apabila cuaca menjadi panas, gas ini dibebaskan.#SMCH
Ahli sains mendapati bahawa 60% daripada zarah karbon hitam di Antartik dibawa ke sana oleh angin dari hutan Amerika Selatan yang dibakar bagi memugari tanah untuk pengeluaran ternakan.#SMCH
Karbon hitam, sejenis zarah rumah hijau, adalah 680 kali pemerangkapan haba oleh CO2. Ini menyebabkan lembar ais dan glasier di seluruh dunia mencair dengan lagi cepat. Sebanyak 40% daripada karbon hitam adalah datang daripada pembakaran hutan untuk ternakan.#SMCH
Zon mati lautan, misalnya, adalah disebabkan oleh larian baja dari tanaman yang digunakan sebagai makanan haiwan.#SMCH
Lautan ialah ekosistem yang sangat kompleks di mana setiap makhluk hidup ada fungsi istimewa. Jadi menangkap ikan kecil untuk manusia makan pun mewujudkan ketidakseimbangan dalam lautan. #SMCH
Anda juga boleh menggunakan langkah hijau yang lain seperti menanam pokok atau bertukar ke teknologi hijau, tetapi ini mengambil masa yang lama untuk mendatangkan kesan. Diet vegetarian adalah paling cepat dan mengurangkan karma bunuh juga. Oleh itu, ia paling penting.#SMCH
Diet vegan akan menjimatkan 4.5 tan daripada pengeluaran gas sebuah keluarga Amerika setahun.#SMCH
Sebaik saja kita menghapuskan balasan buruk daripada kesan membunuh, Bumi akan pulih, dapat membaiki diri dan menampung hidupan semula. Segalanya disebabkan oleh karma buruk. Kita melebihi kapasitinya, jadi kita perlu menterbalikkan tindakan kita. Itu saja.#SMCH
Bumi akan menjadi syurga. Tiada orang yang akan kekurangan apa-apa. Tiada orang yang akan kebulur. Tiada peperangan, tiada penyakit, tiada bencana, tiada pemanasan global, tiada apa-apa lagi melainkan keamanan, kegembiraan dan kekayaan. Saya janji dengan nama Buddha, memang begitu.#SMCH
Semua bencana yang berlaku di seluruh dunia, sudah tentu, berkaitan dengan kekejaman manusia terhadap haiwan. Itu kesannya atas apa yang telah kita lakukan terhadap makhluk yang tidak berdosa, tidak memudaratkan kita.#SMCH
Haiwan tidak memudaratkan kita. Mereka ialah anak Tuhan juga, dihantar ke Bumi untuk membantu dan menceriakan kita.#SMCH
Itu bukan masalah teknikal, bukan pembaikan teknikal yang perlu kita tumpukan. Itu balasan, sebab dan akibatlah yang perlu kita beri perhatian.#SMCH
Kesan pembunuhan, kesan keganasan adalah jauh lebih teruk daripada gabungan kereta, letupan matahari dan letupan lautan.#SMCH
Jadi kita hanya perlu menghentikan pembunuhan. Kemudian segalanya yang lain akan menjadi jelas dengan tiba-tiba.#SMCH
Kita akan menemui cara teknikal yang lebih baik untuk mengatasi masalah iklim. Malah tompok matahari pun akan berhenti meletup. Letupan lautan akan berhenti. Taufan akan berhenti. Siklon akan reda. Gempa bumi akan hilang. Segalanya yang lain akan bertukar menjadi cara hidup yang damai kerana kita mewujudkan kedamaian dan kita akan mengecap kedamaian, bukan sahaja dalam kalangan manusia tetapi dalam kalangan haiwan juga.#SMCH
1
2
3
4
5
6
End
Petikan
Kata Pengantar
Biografi Ringkas Mahaguru Ching Hai
Rayuan Peribadi Mahaguru Ching Hai kepada Pemimpin Dunia
Nota untuk Edisi Kedua
Surat Penghargaan
Bab 1.
Penyelesaian Vegan untuk Menyelamatkan Dunia
I. Kecemasan Planet Kita
II. Pilihan Makanan Kita ialah Soal Hidup Mati
Bab 2.
Tanda Amaran untuk Menyedarkan Manusia
I. Ini Kes Senario yang Lebih Buruk daripada yang Paling Buruk
II. Kita Kesuntukan Masa
III. Mengatasi Punca Masalah Sekarang Juga
Bab 3.
Veganisme Organik untuk Memulihkan Planet Kita
I. Menyejukkan Planet Kita dan Memulihkan Alam Sekitar
II. Ini Penyelesaian yang Paling Cepat dan Mesra Alam
III. Memberi Nyawa untuk Menyelamatkan Nyawa
Bab 4.
Menggubal Undang-Undang dan Polisi Vegan
I. Pemimpin Dunia Harus Menjadi Contoh
II. Kerajaan Mesti Mengambil Tindakan Segera
III. Peralihan Penternak Haiwan ke Kerjaya Alternatif
IV. Contoh-Contoh Pentadbiran yang Baik
V. Veganisme Organik ialah Gerakan Spiritual
Bab 5.
Peralihan Global dengan Serta-Merta ke Diet Tumbuhan
I. Dunia Memerlukan Khidmat dan Kepimpinan Mulia Media
II. Pemimpin Agama Membimbing Orang Lain tentang Cara Hidup Mulia
III. Pendidikan Mulia Mengajarkan Gaya Hidup Mesra Alam yang Sihat
IV. NGO Menggalakkan Gerakan Vegan
V. Menjadi Perubahan yang Ingin Anda Lihat
Bab 6.
Loncatan Manusia ke Zaman Keemasan
I. Titik Peralihan dalam Evolusi Manusia
II. Bumi Meningkat ke Tamadun Galaksi yang Lebih Tinggi
III. Merealisasikan Impian Taman Firdaus
Lampiran
Nota
Bibliografi Syarahan oleh Mahaguru Ching Hai
Sumber Tambahan
Terbitan Kami
Halaman belakang dan halaman hak cipta
Laman
|
Pengarang
|
Berita
|
Ruang
|
Ulasan
|
Petikan
|
Sumber
|
Muat Turun
|
Maklum Balas
|
Baca dalam HTML untuk sambungan Internet lambat
Untuk mesej cemas terkini, sila kunjungi
www.SupremeMasterTV.com
Untuk terbitan lain dan hasil seni oleh Mahaguru Ching Hai,
www.LoveOceanCreative.com
© 2011 The Supreme Master Ching Hai All rights reserved.
*