Laman
Pengarang
Berita
Ruang
Ulasan
Petikan
Sumber
Muat Turun
Videos
Petikan
Total: 151
First
1
2
3
4
5
6
End
Kita mewujudkan segalanya yang kita mahu jika kita hidup mengikut hukum alam semesta.#SMCH
Apabila manusia telah meningkat dari segi rohani dan ada lebih banyak kasih sayang terhadap semua orang, semua makhluk, semua situasi dan alam sekitar, maka pemanasan global akan dikurangkan setiap hari dan akan hilang sepenuhnya.#SMCH
Saya percaya bahawa Bumi akan mencapai tahap kesedaran yang lebih tinggi dan keajaiban akan berlaku dengan belas kasihan Tuhan.#SMCH
Apabila ais telah mencair, haba tidak dapat dipantul balik ke angkasa lepas. Oleh itu, haba akan mencairkan ais dan memanaskan air lagi. Kedua-dua ini akan mencairkan lagi banyak ais dan memanaskan planet ini lagi. Lihatlah lingkaran buruk ini.#SMCH
Pemanasan global sebanyak 2°C lagi boleh menyebabkan berbilion-bilion lagi metana hidrat dibebaskan ke dalam atmosfera dari dasar laut, mengakibatkan kepupusan hidupan secara besar-besaran di planet ini.#SMCH
Di Brazil, 90% daripada tanah yang dipugari sejak 1970 digunakan sebagai padang ragut atau ladang tanaman untuk ternakan. Hutan yang subur bertukar menjadi padang tandus pada kadar 36 padang bola sepak seminit, sedang dimusnahkan sewaktu kita bercakap.#SMCH
Di negara-negara seperti Argentina dan Paraguay, semakin banyak hutan ditebang untuk ternakan dan tanaman soya. Argentina telah hilang 70% daripada hutan aslinya.#SMCH
Kita harus selaras dengan tenaga alam semesta, hukum kasih sayang alam. Jika manusia tidak menghormati bentuk hidupan yang lain, maka nyawa manusia akan dalam bahaya juga kerana kita semua berhubungan.#SMCH
Tenaga baik, berkasih sayang, berbelas kasihan akan menghapuskan kegelapan yang melanda kita, di sebelah kita sekarang. #SMCH
Vegan organik akan memberikan kesan sejuk yang bermanfaat kerana ia mengurangkan metana dan gas-gas rumah hijau yang lain yang boleh membawa maut.#SMCH
Kita boleh mula mengurangkan pengeluar metana yang terbesar di dunia, iaitu penternakan haiwan. Jadi, untuk menyejukkan planet ini dengan paling cepat, kita perlu berhenti makan daging bagi menghentikan industri penternakan dan dengan itu menghentikan gas-gas rumah hijau, metana dan gas-gas toksik yang lain daripada industri haiwan.#SMCH
Gas rumah hijau yang kuat yang kebanyakannya berpunca daripada industri penternakan memerangkap 100 kali lebih banyak haba daripada karbon dioksida dalam tempoh lima tahun.#SMCH
Selain metana, gas-gas toksik yang lain yang boleh membawa maut dikeluarkan oleh industri penternakan juga. Ia merupakan sumber terbesar, 65% daripada nitrus oksida dunia, sejenis gas rumah hijau yang ada kira-kira 300 kali potensi pemanasan CO2.#SMCH
Metana menyebabkan jauh lebih banyak kemusnahan dalam jangka masa pendek tetapi jika kita menghentikannya, kita akan dapat menghentikan pemanasan global dengan cepat sekali. Cara terbaik adalah berhenti makan daging, berhenti membunuh haiwan, berhenti menternak haiwan.#SMCH
Zon mati lautan adalah disebabkan oleh larian baja dari tanaman yang digunakan sebagai makanan haiwan.#SMCH
Kita mesti memelihara air. Kita mesti buat segalanya yang boleh. Langkah pertama untuk memulakannya adalah menjadi vegan kerana industri penternakan menggunakan lebih 70% daripada air bersih planet kita.#SMCH
Sementara 1.1 bilion orang kekurangan air minum yang selamat, kita membazirkan 3.8 trilion tan air bersih yang berharga setiap tahun untuk pengeluaran ternakan.#SMCH
Adakah kita kekurangan air? Satu hidangan DAGING LEMBU menggunakan lebih 1,200 gelen air Satu hidangan DAGING AYAM menggunakan 330 gelen air Satu hidangan VEGAN lengkap yang ada TAUHU, NASI dan SAYURAN menggunakan 98 gelen air sahaja #SMCH
Meskipun kita tidak mandi, tidak memberus gigi, itu tidak berkesan semasa mereka tidak berhenti makan daging.#SMCH
Kita hanya ada 30% darat yang melitupi Bumi. Daripada 30% yang berharga ini, satu pertiga daripadanya digunakan bukan untuk hidup kita tetapi untuk padang ragut ternakan atau penanaman bertan-tan bijirin untuk haiwan bagi menghasilkan sedikit daging.#SMCH
Kira-kira sebilion ekar atau 80% daripada semua tanah pertanian di Amerika dan kira-kira separuh daripada semua tanah Amerika digunakan untuk pengeluaran daging.#SMCH
90% daripada semua soya, 80% daripada semua jagung dan 70% daripada semua bijirin yang ditanam di Amerika digunakan untuk menggemukkan ternakan sementara ia dapat menyara sekurang-kurangnya 800 juta orang yang kebulur.#SMCH
Makin banyak kita menggunakan kaedah penanaman organik dan semula jadi, makin banyak makanan yang kita ada. Kita dan tanih akan menjadi lebih sihat. Sejak itu, tanih akan pulih dan kita akan ada semakin banyak makanan.#SMCH
Setiap tahun, kita menebang hutan seluas England hanya untuk menternak haiwan. Sebab itulah planet kita memanas dan banyak tempat mengalami masalah banjir dan kemarau.#SMCH
Kawasan hutan hujan seluas padang bola sepak dimusnahkan setiap saat untuk menghasilkan 250 hamburger sahaja. #SMCH
Pengeluaran daging adalah begitu tinggi kosnya, tidak efisien dan tidak mesra alam. Mengeluarkan daging ialah perniagaan yang buruk.#SMCH
Setiap kali kita membunuh pokok atau haiwan, kita membunuh sebahagian kecil daripada diri sendiri.#SMCH
1.8 juta ekor khinzir di Ireland mengeluarkan lebih banyak tahi daripada seluruh populasi negara itu yang berjumlah 4.2 juta orang! #SMCH
Jika dunia ini beralih ke diet bebas haiwan, maka kita dapat mengurangkan kos sebanyak separuh atau lebih. Ini bermakna kita akan dapat mengurangkan berpuluh-puluh trilion dolar Amerika.#SMCH
Sebagai kononnya makanan, daging hanyalah suatu item yang paling tidak sihat, beracun, tidak bersih yang dimakan oleh manusia. Kita langsung tidak harus makan daging jika kita mencintai dan menghargai kesihatan dan hidup kita. Kita akan hidup lebih lama, lebih sihat dengan tanpa daging.#SMCH
First
1
2
3
4
5
6
End
Petikan
Kata Pengantar
Biografi Ringkas Mahaguru Ching Hai
Rayuan Peribadi Mahaguru Ching Hai kepada Pemimpin Dunia
Nota untuk Edisi Kedua
Surat Penghargaan
Bab 1.
Penyelesaian Vegan untuk Menyelamatkan Dunia
I. Kecemasan Planet Kita
II. Pilihan Makanan Kita ialah Soal Hidup Mati
Bab 2.
Tanda Amaran untuk Menyedarkan Manusia
I. Ini Kes Senario yang Lebih Buruk daripada yang Paling Buruk
II. Kita Kesuntukan Masa
III. Mengatasi Punca Masalah Sekarang Juga
Bab 3.
Veganisme Organik untuk Memulihkan Planet Kita
I. Menyejukkan Planet Kita dan Memulihkan Alam Sekitar
II. Ini Penyelesaian yang Paling Cepat dan Mesra Alam
III. Memberi Nyawa untuk Menyelamatkan Nyawa
Bab 4.
Menggubal Undang-Undang dan Polisi Vegan
I. Pemimpin Dunia Harus Menjadi Contoh
II. Kerajaan Mesti Mengambil Tindakan Segera
III. Peralihan Penternak Haiwan ke Kerjaya Alternatif
IV. Contoh-Contoh Pentadbiran yang Baik
V. Veganisme Organik ialah Gerakan Spiritual
Bab 5.
Peralihan Global dengan Serta-Merta ke Diet Tumbuhan
I. Dunia Memerlukan Khidmat dan Kepimpinan Mulia Media
II. Pemimpin Agama Membimbing Orang Lain tentang Cara Hidup Mulia
III. Pendidikan Mulia Mengajarkan Gaya Hidup Mesra Alam yang Sihat
IV. NGO Menggalakkan Gerakan Vegan
V. Menjadi Perubahan yang Ingin Anda Lihat
Bab 6.
Loncatan Manusia ke Zaman Keemasan
I. Titik Peralihan dalam Evolusi Manusia
II. Bumi Meningkat ke Tamadun Galaksi yang Lebih Tinggi
III. Merealisasikan Impian Taman Firdaus
Lampiran
Nota
Bibliografi Syarahan oleh Mahaguru Ching Hai
Sumber Tambahan
Terbitan Kami
Halaman belakang dan halaman hak cipta
Laman
|
Pengarang
|
Berita
|
Ruang
|
Ulasan
|
Petikan
|
Sumber
|
Muat Turun
|
Maklum Balas
|
Baca dalam HTML untuk sambungan Internet lambat
Untuk mesej cemas terkini, sila kunjungi
www.SupremeMasterTV.com
Untuk terbitan lain dan hasil seni oleh Mahaguru Ching Hai,
www.LoveOceanCreative.com
© 2011 The Supreme Master Ching Hai All rights reserved.
*