Laman
Pengarang
Berita
Ruang
Ulasan
Petikan
Sumber
Muat Turun
Videos
Petikan
Total: 151
First
1
2
3
4
5
6
End
Dalam dunia vegan, tiada lagi berita sedih tentang anak seseorang mati akibat kemusnahan otak atau lumpuh disebabkan E. coli, bakteria yang boleh membawa maut yang pada asalnya sentiasa datang daripada haiwan ternakan. Tiada lagi kesakitan hati akibat wabak selesema khinzir, penyakit lembu gila, barah, diabetes, strok, serangan jantung, salmonela dan Ebola yang boleh membawa maut.#SMCH
Penyakit haiwan daripada persekitaran penternakan haiwan yang dahsyat dan kotor menyebabkan 75% daripada semua penyakit berjangkit manusia yang timbul.#SMCH
Kita tidak dapat mengurangkan CO2 dengan cepat kerana kita tiada ciptaan teknologi yang lain sekarang untuk menggantikan ciptaan yang sedia ada. Tetapi pencemaran metana datang daripada penternakan haiwan, jadi jika kita menghentikannya, tiada pemanasan lagi!#SMCH
Selain menghentikan pengeluaran gas metana yang memudaratkan, kaedah penanaman organik menyimpan 40% daripada karbon ke dalam tanih semula.#SMCH
Makan daging ialah kekejaman terbesar yang boleh orang lakukan malah terhadap diri. Meskipun kita tidak membunuh haiwan dengan sendiri, kita tetap menyebabkan kematian mereka.#SMCH
Sebanyak 55 bilion ekor haiwan, lapan kali seluruh populasi manusia global dibunuh untuk dimakan oleh manusia setiap tahun. Itu pun belum mengira beberapa bilion ekor ikan yang mati, dengan jumlah sebanyak lebih 155 juta ekor dibunuh setiap hari.#SMCH
Hasil tenusu diambil kira bersama dengan daging kerana kekejaman dan penyeksaannya adalah sama dan kesudahannya ialah kematian yang dahsyat bagi haiwan yang kasihan. Tiada belas kasihan dalam industri tenusu juga.#SMCH
Daging menyebabkan pemanasan global dan membunuh. Oleh itu, DAGING ialah pembunuh, suatu jenayah yang mesti dihentikan.#SMCH
Punca utama pemanasan global ialah pemakanan daging. Itu bukan suatu kebetulan. Banyak masalah kesihatan yang utama di dunia kita juga disebabkan oleh pemakanan daging.#SMCH
Jika kita menghormati semua hidupan, maka kita tidak membunuh juga. Bumi membekalkan banyak sumber kepada manusia dan haiwan.#SMCH
Haiwan datang ke planet ini dengan peranan istimewa. Banyak daripada mereka mampu membawa turun kuasa Tuhan dari syurga atau kasih, hanya dengan kehadiran mereka. Sesetengahnya seperti kuda dan arnab dapat melindungi penjaga manusia daripada pengaruh negatif atau membantu mereka dengan kesihatan yang baik, tuah, malah kekayaan kebendaan, kegembiraan atau peningkatan rohaniah.#SMCH
Bayangkan planet kita tiada haiwan langsung. Semua anjing, kucing, burung, ikan, kerbau dan gajah hilang, bayangkan, tiada haiwan yang hidup, bagaimanakah kita hidup? Macam manakah hidup kita terasa menarik?#SMCH
Sebenarnya daging organik pun langsung tidak mesra alam, ia memerlukan lagi banyak tanah dan tenaga daripada daging bukan organik dalam penghasilan daging.#SMCH
Jika semua manusia hidup dengan diet bebas haiwan serta menghormati alam dan hidupan lain, maka kita akan mewujudkan syurga di Bumi.#SMCH
Saya harap kerajaan akan menggubal undang-undang untuk melarang pembunuhan dan penternakan haiwan. Jika mereka ialah pemimpin yang bersumpah untuk melindungi rakyat, memperbaik negara mereka dalam banyak aspek, maka ini ialah langkah pertama yang perlu dilakukan.#SMCH
Mereka perlu menjadi vegetarian (vegan) dulu, kemudian menggunakan kuasa mereka. Sebagaimana mereka melarang amalan merokok.#SMCH
Orang tidak benar-benar tahu tentang apa di atas pinggan mereka. Biasanya daging kecil dalam paket di atas pinggan mereka tidak serupa dengan haiwan ternakan.#SMCH
Banyak orang tidak sedar akan pengeluaran gas yang memudaratkan daripada industri penternakan atau bahawa pembunuhan mengakibatkan pembunuhan.#SMCH
Orang tidak sedar bahwa daging adalah satu lagi jenis racun yang menagihkan. Mereka tidak sedar bahawa daging memusnahkan planet kita.#SMCH
Diet kita bukanlah soal pilihan peribadi lagi. Itu soal hidup mati planet ini.#SMCH
Pengharaman daging akan menjadi aliran yang kuat untuk membawa trend menuju dunia vegan. #SMCH
Apa gunanya risau tentang peperangan, kedudukan atau apa-apa yang lain apabila planet ini akan musnah? Jadi sekarang semua pemimpin mestilah bertumpu pada usaha menyelamatkan planet kita, menyebarkan maklumat dan menggubal undang-undang untuk orang menjalani hidup yang lebih berbelas kasihan.#SMCH
Industri ini ialah perniagaan yang sangat buruk dan langsung tidak menguntungkan bagi seluruh planet ini, semua orang.#SMCH
Jika kerajaan tidak memberikan subsidi kepada industri daging, maka hamburger yang sesetengah orang makan yang dihasilkan dengan memugari hutan di India sahaja akan menjadi berharga US$200! #SMCH
Di merata tempat, dari Amerika ke China, kerajaan mensubsidi penternak haiwan dengan membayar sekurang-kurangnya 10 bilion dolar Amerika kepada mereka setiap tahun! Tetapi yang anda makan itu ialah wang anda sendiri! #SMCH
Jika subsidi kerajaan tidak disalurkan untuk menyokong mereka, penternak industri penternakan haiwan tidak dapat mencukupkan belanja dengan perniagaan mereka. Mereka akan gulung tikar . Jadi saya mencadangkan agar kerajaan tidak memberikan subsidi kepada industri penternakan haiwan lagi. Sebaliknya, menyuruh mereka supaya bertukar menjadi petani vegan. #SMCH
Pemakanan daging menyebabkan segala penyakit – barah, diabetes, masalah kesihatan dan penyakit jantung. Hampir semua penyakit yang boleh anda namakan datang daripada diet daging atau berkaitan. #SMCH
Kerajaan boleh menggalakkan penternak supaya menanam tanaman dan memberikan subsidi kepada mereka untuk menanam sayuran bagi menggantikan kerugian daging. #SMCH
Jika kita makan sayuran organik, kita akan jarang pergi ke hospital dan semua wang dapat kita jimatkan untuk pendidikan anak dan penjagaan orang tua yang lebih baik. #SMCH
Hasil tanaman yang banyak daripada penanaman konvensional diperoleh dengan tanih, kesihatan kita dan alam sekitar terjejas. #SMCH
First
1
2
3
4
5
6
End
Petikan
Kata Pengantar
Biografi Ringkas Mahaguru Ching Hai
Rayuan Peribadi Mahaguru Ching Hai kepada Pemimpin Dunia
Nota untuk Edisi Kedua
Surat Penghargaan
Bab 1.
Penyelesaian Vegan untuk Menyelamatkan Dunia
I. Kecemasan Planet Kita
II. Pilihan Makanan Kita ialah Soal Hidup Mati
Bab 2.
Tanda Amaran untuk Menyedarkan Manusia
I. Ini Kes Senario yang Lebih Buruk daripada yang Paling Buruk
II. Kita Kesuntukan Masa
III. Mengatasi Punca Masalah Sekarang Juga
Bab 3.
Veganisme Organik untuk Memulihkan Planet Kita
I. Menyejukkan Planet Kita dan Memulihkan Alam Sekitar
II. Ini Penyelesaian yang Paling Cepat dan Mesra Alam
III. Memberi Nyawa untuk Menyelamatkan Nyawa
Bab 4.
Menggubal Undang-Undang dan Polisi Vegan
I. Pemimpin Dunia Harus Menjadi Contoh
II. Kerajaan Mesti Mengambil Tindakan Segera
III. Peralihan Penternak Haiwan ke Kerjaya Alternatif
IV. Contoh-Contoh Pentadbiran yang Baik
V. Veganisme Organik ialah Gerakan Spiritual
Bab 5.
Peralihan Global dengan Serta-Merta ke Diet Tumbuhan
I. Dunia Memerlukan Khidmat dan Kepimpinan Mulia Media
II. Pemimpin Agama Membimbing Orang Lain tentang Cara Hidup Mulia
III. Pendidikan Mulia Mengajarkan Gaya Hidup Mesra Alam yang Sihat
IV. NGO Menggalakkan Gerakan Vegan
V. Menjadi Perubahan yang Ingin Anda Lihat
Bab 6.
Loncatan Manusia ke Zaman Keemasan
I. Titik Peralihan dalam Evolusi Manusia
II. Bumi Meningkat ke Tamadun Galaksi yang Lebih Tinggi
III. Merealisasikan Impian Taman Firdaus
Lampiran
Nota
Bibliografi Syarahan oleh Mahaguru Ching Hai
Sumber Tambahan
Terbitan Kami
Halaman belakang dan halaman hak cipta
Laman
|
Pengarang
|
Berita
|
Ruang
|
Ulasan
|
Petikan
|
Sumber
|
Muat Turun
|
Maklum Balas
|
Baca dalam HTML untuk sambungan Internet lambat
Untuk mesej cemas terkini, sila kunjungi
www.SupremeMasterTV.com
Untuk terbitan lain dan hasil seni oleh Mahaguru Ching Hai,
www.LoveOceanCreative.com
© 2011 The Supreme Master Ching Hai All rights reserved.
*