Laman
Pengarang
Berita
Ruang
Ulasan
Petikan
Sumber
Muat Turun
Videos
Petikan
Total: 151
First
1
2
3
4
5
6
End
Boleh anda bayangkan Tuhan yang datang ke Bumi sini dan membunuh segalanya yang dilihat untuk dimakan? Minta maaf, jika ada Tuhan seperti ini, saya tidak mahu menjadi anak-Nya. #SMCH
Jika kita membandingkan diet daging dengan diet vegan, diet daging memerlukan 14 kali lebih banyak air, enam kali lebih banyak bijirin, 10 kali lebih banyak tenaga dan 20 kali lebih banyak tanah sementara sering memusnahkan hutan hujan yang berharga. #SMCH
Makin kita menyayangi dan melindungi semua makhluk, makin agung kita di dunia ini, makin baik perasaan dalam hati kita seperti di alam syurga. #SMCH
Jika semua orang membuat peralihan ini, kita dapat menyelamatkan planet kita. Saya janji dengan segala maruah yang saya ada dan Tuhan menjadi saksi. Pada masa yang sama, kita meningkatkan diri yang sudah lama diabaikan. #SMCH
Jika kita benar-benar ingin melihat keharmonian sebenar lahir antara manusia dengan haiwan dan antara alam dengan syurga, kita mestilah hidup secara harmoni dan bertindak secara harmoni juga. Ini termasuk tindakan memakan secara harmoni setiap kali kita datang ke meja. #SMCH
Bumi bergabung dengan planet-planet lain dalam galaksi. Itu visi yang tinggi. Kita hanya perlu melihat planet-planet jiran kita, Marikh dan Zuhrah untuk nampak bahawa visi ini adalah suram, membawa bencana jika kita tidak membuat pilihan, perubahan yang betul sekarang. #SMCH
Marikh dan Zuhrah mengalami perubahan atmosfera secara mendadak pada masa dahulu, sama dengan apa yang kita mula alami sekarang. #SMCH
Kira-kira lima bilion planet telah musnah atau mengalami nasib yang sama dengan Zuhrah dan Marikh. #SMCH
Planet-planet terselamat daripada kemusnahan seperti Zuhrah kerana masyarakatnya menjadi vegan. #SMCH
Orang Marikh adalah cukup baik untuk menghantar mesej kepada manusia di Bumi melalui orang hubungan kita. Mesej mereka adalah: Jadilah orang mulia, selamatkan kediaman anda sebelum terlambat. #SMCH
Planet-planet bermasyarakat vegetarian ini adalah lebih maju daripada kita. Mereka malah mempunyai tali pinggang ---. Ada jauh lebih banyak yang tidak dapat kita mimpikan. #SMCH
Saya tidak pernah lihat mana-mana tamadun yang bukan masyarakat vegan begitu maju dan gembira. #SMCH
Sebaik saja kita berhenti membunuh, kita akan menjana suasana yang lebih penyayang, baik dan selesa untuk makhluk mulia yang lain dalam galaksi bersama kita atau berhubung dengan kita. #SMCH
Asalkan kita tidak memilih untuk hidup mengikut standard alam semesta yang tinggi, kita tidak akan menemui kedamaian dalam diri kita, lebih-lebih lagi dengan makhluk lain dalam alam semesta. Kita akan putus hubungan dengan penghuni planet-planet jiran. Oleh itu, kita tidak tahu tentang kewujudan mereka. #SMCH
Kita ialah kasih. Kita adalah suci. Kita adalah berbelas kasihan. Kita semua adalah yang terbaik dalam alam semesta. Cuma kita terlupa. #SMCH
Tidaklah susuh untuk mengubah semua ini. Kita hanya perlu kembali ke diri asal yang penyayang kerana itu diri kita yang sebenar. #SMCH
Jika dunia menjadi 100% vegetarian sekarang, kesan baiknya akan dilihat dalam lebih kurang 60 hari. Itu lapan minggu. Dalam lapan minggu kita akan nampak kesan serta-merta. #SMCH
Syurga memang akan turun untuk menemui kita jika kita berjalan ke atas untuk memenuhi standard syurga. #SMCH
Orang akan tiba-tiba memahami bahawa kita semua adalah sama. Kita dan semua haiwan adalah sama. Orang akan malah menghormati pokok dan tumbuhan. #SMCH
Ada sistem tanpa wang yang wujud, berdasarkan apa yang saya lihat dalam masyarakat yang sangat maju dalam alam semesta seperti di planet-planet lain. Itu bukan sistem, ini atau itu. Itu orang. #SMCH
Jika kita menggantikan pembunuhan dengan hormat terhadap semua hidupan, kita ada kedamaian batin. #SMCH
Kedamaian batin yang datang daripada menggantikan pembunuhan dengan hormat terhadap semua hidupan akan tersebar seperti gelombang di seluruh dunia, meningkatkan hati manusia dan mewujudkan syurga yang harmoni di Bumi. Itu akan membawa kita semua ke Zaman Keemasan yang berpanjangan. #SMCH
Semasa kita hidup dan biar hidup, semasa kita menyayangi semua makhluk seperti menyayangi kita sendiri, maka itu sudah sangat spiritual. #SMCH
Setelah kita beralih ke gaya hidup diet vegan yang berbelas kasihan dan Tuhan hendaki, maka kita akan merasai semakin banyak kasih, semakin berhubungan sepanjang masa. #SMCH
Apa yang kita semai, itulah yang akan kita dapat. Jika kita menyemaikan benih belas kasihan ini di Bumi dan di dalam hati kita, sebagai seorang vegan, kita mengelakkan semua produk haiwan. #SMCH
Ia dapat menghapuskan kitaran keganasan dan balasan karma buruk, ‘apa yang kita semai, itulah yang akan kita dapat.’ Ia meletakkan kita dalam kitaran kasih, perlindungan dan belas kasihan daripada sebarang kejadian negatif di alam fizikal. #SMCH
Melalui loncatan dalam evolusi ini, kita boleh meninggalkan hidup dalam kekurangan dan ketakutan, menuju ke hidup sebenar yang tenang, penuh kasih sayang dan bermakrifat, dari lingkaran pembunuhan, penderitaan dan keganasan ke lingkaran kemurahan hati, perlindungan dan kegembiraan. #SMCH
Guru-guru agung dan orang-orang suci yang lain pada zaman dahulu semuanya mengajar kita, suatu yang sama, bahawa jika kita tidak mahu dicederakan, kita tidak boleh mencederakan makhluk lain. #SMCH
Diet vegetarian memberikan kuasa fizikal untuk menghentikan pemanasan global kerana ia ada kuasa moral. Ia ada kuasa saintifik, ‘yang sama saling menarik’. Kita perlu menghormati nyawa, dengan itu kita akan beroleh nyawa. #SMCH
Jika kita mengubah gaya hidup kita menjadi lebih bersifat syurga, maka kecerdasan syurga akan disedarkan semula dalam diri kita, dengan itu kita akan ada ciptaan dan kemudahan yang tidak terhingga di hujung jari kita. #SMCH
First
1
2
3
4
5
6
End
Petikan
Kata Pengantar
Biografi Ringkas Mahaguru Ching Hai
Rayuan Peribadi Mahaguru Ching Hai kepada Pemimpin Dunia
Nota untuk Edisi Kedua
Surat Penghargaan
Bab 1.
Penyelesaian Vegan untuk Menyelamatkan Dunia
I. Kecemasan Planet Kita
II. Pilihan Makanan Kita ialah Soal Hidup Mati
Bab 2.
Tanda Amaran untuk Menyedarkan Manusia
I. Ini Kes Senario yang Lebih Buruk daripada yang Paling Buruk
II. Kita Kesuntukan Masa
III. Mengatasi Punca Masalah Sekarang Juga
Bab 3.
Veganisme Organik untuk Memulihkan Planet Kita
I. Menyejukkan Planet Kita dan Memulihkan Alam Sekitar
II. Ini Penyelesaian yang Paling Cepat dan Mesra Alam
III. Memberi Nyawa untuk Menyelamatkan Nyawa
Bab 4.
Menggubal Undang-Undang dan Polisi Vegan
I. Pemimpin Dunia Harus Menjadi Contoh
II. Kerajaan Mesti Mengambil Tindakan Segera
III. Peralihan Penternak Haiwan ke Kerjaya Alternatif
IV. Contoh-Contoh Pentadbiran yang Baik
V. Veganisme Organik ialah Gerakan Spiritual
Bab 5.
Peralihan Global dengan Serta-Merta ke Diet Tumbuhan
I. Dunia Memerlukan Khidmat dan Kepimpinan Mulia Media
II. Pemimpin Agama Membimbing Orang Lain tentang Cara Hidup Mulia
III. Pendidikan Mulia Mengajarkan Gaya Hidup Mesra Alam yang Sihat
IV. NGO Menggalakkan Gerakan Vegan
V. Menjadi Perubahan yang Ingin Anda Lihat
Bab 6.
Loncatan Manusia ke Zaman Keemasan
I. Titik Peralihan dalam Evolusi Manusia
II. Bumi Meningkat ke Tamadun Galaksi yang Lebih Tinggi
III. Merealisasikan Impian Taman Firdaus
Lampiran
Nota
Bibliografi Syarahan oleh Mahaguru Ching Hai
Sumber Tambahan
Terbitan Kami
Halaman belakang dan halaman hak cipta
Laman
|
Pengarang
|
Berita
|
Ruang
|
Ulasan
|
Petikan
|
Sumber
|
Muat Turun
|
Maklum Balas
|
Baca dalam HTML untuk sambungan Internet lambat
Untuk mesej cemas terkini, sila kunjungi
www.SupremeMasterTV.com
Untuk terbitan lain dan hasil seni oleh Mahaguru Ching Hai,
www.LoveOceanCreative.com
© 2011 The Supreme Master Ching Hai All rights reserved.
*